Tuesday 13 February 2018

I'M A MARRIED 'GIRL'

fuhh fuhh berhabuk nyaaaa lah blog. sekian lama tinggalkan hahaha! kunun2 dulu nak share macam macam kat blog pasal preparation wedding. tapi habuk pun tarakk. kahkah. pemalas nyaa lahai. yelah dulu punya lah beriya nak update, siap tangkap gambar & simpan resit shopping. Tapi lepas kahwin, status instagram n fb pun jarang naik kecuali pergi jalan2. dulu terasa nak share sbb one day nnt kalau rasa rindu, nak la baca aku buat dulu2 en hehehehe :P

ok today dah 13th of february 2018. Means that, dah 2 bulan lebih kiteorang kahwin. dah ada dah yg risik risik khabar, 'dah ada isi ke?' hmm. baru dua bulan kottt?! haha. jgn stress kan kiteorg dgn soalan2 mcm tu. tapi apakan daya kan, mulut orang tak boleh nak kawal.


So far, ok lah..alhamdulillah. we had a happy life. or better life i must said. i am 23 and i am a wife to Muhammad Ali Bin Jeffri. sikap budak budak aku masih tak boleh hilang hehe. and thanks God send me a good husband like him. Selalu positifkan aku, tenangkan aku, bagi aku apa aku nak, selalu pujuk aku cepat2 (hehe). Aku tahu marriage life bukan setakat tu je. Well, life is about improve ourself right? InshaaAllah. I will be a good wife to him hehe.


Saturday 29 July 2017

PORT DICKSON

Nice short vacay with my collegues! Ekceli selalu je pergi PD sebab rumah Pakmin dan Maksu aku tinggal kat sana. Tapi kali ni datangas tourist okayy haha. Acah2 je. Selama ni datang semata mata nk g rumah pakcik makcik je. Tak pernah pun explore dekat PD tu ada apa haha :P

Awal nya nak pergi air terjun. Tapi risau pulak kes air kencing tikus. Macam macam zaman sekarang ni. So second plan, kiteorg nak pergi Melaka. Ops! Bukan kiteorang, diorang eehh. Kalau Melaka tu memang plan, taknak ikut pun. Melebihi bajet 2017 tau haha.

So di sebabkan rumah makcik dekat situ, dorang lantik aku sebagai waze untuk sehari (eceh poyos :P) Btw, kiteorang pergi sehari je. Nak puaskan hati masing2 nak bercuti sama2. Lagi2 ni minggu last ain. Dia nk pindah Perak lepasni. Yang ikut semuanya 4 orang termasuk aku..

Kiteorang bajet bawah seratus. Aku bajet RM50 je haha. Nak tahu bajet sebenar? ok jom tengok. Kiteorg bertolak pukul 8.30 pagi. Berhenti dekat RNR Dengkil sebab dorang lapar nak makan breakfast. Aku tak makan. Diet uolls. heheh takde lah. sebab tadi makan sekeping roti sementara tunggu dorang pick up aku.

Ok sampai dalam pukul 10 something. Pergi ke batu 8 iaitu Teluk Kemang. The most attractive spot. Orang memang paling ramai kat sini. Mungkin sebab lebih banyak kedai, aktiviti yang boleh di buat, dan ada khemah & payung untuk di sewa.

so kiteorang pilih untuk main basikal berbumbung 4 wheel. ha nama kau. aku main letak je haha. Gambar macam kat bawah ni

Hehe. Kami empat anak dara yang excited terlebih main benda alah ni. Tapi hmm yang depan je gigih kayuh T_T Kak Jawahir belakang aku tu kaki tak sampai >_< penat woi. Tengahari buta pulak tu.Ni abang yang jaga tu tangkapkan gambar. Btw, topi tu aku beli RM10 dekat gerai2 yang jual2 dekat situ. Bersepah okeyy.

Lepas puas kayuh (Hilang 5 kilo berat aku haha tipu je) kiteorang pun makan2 kejap. Aku dengan Mahirah je makan. Mahirah makan pisang cheese chocolate RM4. Aku pilih cendol biasa(rm3.50) dengan makanan bergoreng fishball & hotdog cheese (rm5) mahal nya T_T tapi kenyang jer.

then kiteorang pergi Muzium 3D art, Lukut. Dekat je. Dalam 15-20 min dari teluk kemang tu. Entrance fee
Adult: RM20 (My Card)
           RM25 (Tourist)
Ni je yang aku ingat haha. Kalau search dekat google, dia tulis RM15 (dia tak hapdet kerr) HMMMMMMMM. sedih tau. Keluarkan lagi rm5 tambah. Lokasi dia dekat je dengan GIANT Lukut. tekan saya?











Ni antara gambar2 kiteorang dekat Muzium ni..Semua ada 3 Tingkat. Ok la. Berbaloi la jugak. Sooooooooooooo next, perut masing masing dah berkeroncong nyanyi lagu Despacito (eh haram lah)

CARI MAKAN TENGAHARI!
Kiteorng makan nasi campur. Aku pilih nasi putih, lauk sambal paru & rebung masak lemak cili api. Dalam RM4.50. Okay la. Air kelapa RM2. Kiteorang pilih port dekat Batu 4. Kat situ tenang sikit dan ramai orang picnic situ. Dah makan, relax2 kejap then balik Shah Alam. haa lupa tadi kiteorang solat Zuhur dekat Masjid Bagan Pinang Batu 4 jugak. Masjid situ tiptop. Bersih, kemudahan lengkap, selipar cukup. hehe.

Balik aku takleh tidur walaupun penaaaat sangaat. Sebab ain x tahu jalan. Haha. Kak Ja & Mahirah sodap yooo tido kek belakang.

TOTAL BELANJA.
TOPI: RM1O
BREAKFAST: RM8.50
BASIKAL: RM7.50 seorang. (total:rm30)
TOL& MINYAK: Ain belanja hehe tp kalau curious nak tahu, tol: rm7 something. minyak: rm40.
MUZIUM FEE: RM20
LUNCH: RM6.50
Aku topup la jugak minyak nak balik tu, ain bagi kiteorg bayar RM5 jerr, so bagi je lah.

TOTAL: RM57.50.

Tamat? Tamat. haha. See youuu when I see you~

Tuesday 25 July 2017

Need extra income!

26 Jun 2017
8.22 am

Pagi-pagi dah stress. Betul lah orang kata, makin dekat ke hari bahagia...
Makin tertekan. Kesian anak murid jadi mangsa stress harini.
Haritu berborak dengan Kak Kinah dengan Kak Ja, borak hal sama.
Kak Ja nak kahwin tahun ni jugak. Kak kinah pulak ceritakan pengalaman dia
Sebelum kahwin mcmne.. persiapan, kata2 orang, pendapat orang..
Semua nak kena fikir sendiri.

Aku pun dah tergolong dalam golongan tu..aku anak sulong jadi semuanya ada 'pertama kali'..
Mak ayah takde pengalaman sebelum ni. So dengar kata org lah..lagi2 pakcik makcik..
Yang paling utama nya, kewangan 💸💸 kalau kewangan stabil n mencukupi, semuanya
takde masalah ye dok? Beli lah apa nak beli.

Ni duit cukup2 makan, tapi nak sgt ikut adat ada itu ini. Bila dah setuju di awal perbincangan taknak
ada pertunangan, pastu hantaran sekian2, pastu nnt majli buat cmni2, baju pulak cmmni..
Semua dah setuju, mesti ada yang nak mengubah di akhirnya..sebab apa?
Terpengaruh dgn kata org. STRESS!!

Ini lah pentas kehidupan yang sebenar. Realitinya.. orang sekeliling..
Dulu aku fikir Islam itu sangat memudahkan. Tetapi skrg, rasa nak buat baik pun
rasa susah. Nak dirikan masjid macam nak bina kapal titanic. (Ok ni saje je) hehe

Tapi betul lah, bukan Islam tu yg susah. Tapi orang Islam tu sendiri yang menyusahkan.
Nak membebel2 pun tak guna jugak.. sekarang aku kena fikirkan cara untuk selesaikan bnde ni..
I need another income!!! Niaga online dah(tak berapa jalan sbb tak power marketing), home tutor dah(3-4 kelas seminggu)...apa lagi ek?


Tuesday 18 July 2017

Kenapa orang suka bercakap dengan lantang apabila sedang marah?

Seorang ulama sedang berjalan jalan Ialu melihat ada keluarga yang sedang bertengkar, saling berteriak.

Ia berpaling ke murid2nya dan bertanya: “Kenapa orang suka bercakap dengan lantang apabila sedang marah?”
Salah seorang menjawab: “Kerana kita hilang sabar, kita menjerit.”
“Tetapi, kenapa harus menjerit pada orang yang ada di sebelahmu? Kan, pesan itu juga boleh sampai dengan cara perlahan?” tanya org alim itu.
Murid2 saling menjawab namun tidak ada satu jawapan pun yang mereka sepakati.
Akhirnya org alim bertutur: “Bila 2 orang saling marah, hati mereka sangat jauh. Untuk dapat menempuh jarak yang jauh itu, mereka harus menjerit agar terdengar. Semakin marah, semakin keras jeritan kerana jarak 2 hati itu semakin jauh.”

“Apa yang terjadi ketika 2 insan jatuh cinta?”.. lanjutnya.
“Mereka tidak berteriak pada satu sama lain. Mereka berbicara lembut kerana hati mereka berdekatan. Jarak antara 2 hati tidak ada atau sangat dekat.”
Setelah merenung sejenak, dia meneruskan. “Bila mereka semakin mencintai, apa yang terjadi? Mereka tidak lagi berbicara. Hanya berbisikan dan saling mendekat dalam kasih-sayang. Akhirnya, mereka bahkan tidak perlu lagi berbisikan. Memadai mereka cukup dgn saling memandang. Itu saja. Sedekat itulah 2 insan yang saling mengasihi.”

Org alim itu memandang murid2nya dan mengingatkan dengan lembut: “Jika terjadi pertengkaran, jangan biarkan hati menjauh. Jangan ucapkan perkataan yang membuat hati kita kian menjauh dan benci.
Kerana jika kita biarkan, suatu hari nanti jaraknya tidak lagi mampu untuk ditempuhi.”



Lately ni selalu sangat mudah terasa dengan orang walaupun tahu sebenarnya orang tu sikap nya memang begitu. Ye, kadang memang aku yang buat salah dulu, tapi ada kan cara yang elok? Yang tak perlu menengking-nengking atau mengherdik herdik. Nak tegur, nanti di hentam balik dengan salah kita........... nak di diamkan, makan hati la diknonnn. haha. Terpujuk jugak la hati ni bila dah ngadu kat Mr A..YA ALLAH TOLONG JAUHKAN AKU DARIPADA SIFAT INI..:( Nauzubillahi min zalik. 



Saturday 17 June 2017

SEMINGGU SEBELUM AIDILFITRI?

6 Hari lagi hari raya bakal menjelang, Ramadhan bakal ditinggalkan. Tahun ni raya kat Kelantan. Kampung belah ayah. Kota Bharu. Mek kelate kejap (haha!) Tahun ni inshaaAllah kali terakhir beraya sebagai seorang berstatus anak dara..(What im trying to say huh) :P Bukan tu nak cerita sebenarnya. Ramdhan tahun ni tak sama macam Ramadhan tahun2 lepas. Sebelum ni selalu awal ramadhan di Jordan, tempat aku belajar, Walaupun takde family dekat sana, tapi biah dia lain. Aku bersungguh sungguh mengejar pahala, siap ada mutabaah khas Ramadhan. Setiap sorg kawan2 kat sana selalu mengingatkan tentang Tuhan. Allahuu T_T Bestnya, walaupun selalu merungut takbest takbest ekcelli best. Sebab kita rasa kebaikan nya tu. Mungkin kita takde distraction macam kat Malaysia. Takde sibuk2 nak cari baju raya, hari raya pakai je baju apa yang ada. Takde nak shopping2, Takde tv nak tengok cite2 best, Takde bunga api n pelita2 nak hias n main... hmmmm.. 

Kat sana susahnya nk tinggal teraweh, Masjid depan rumah je. Walaupun panas n sesempit mana pun, tetap nak datang. Orang dah azan isyak pun berlari lari ke masjid nak jemaah sesamer. Tapi serious memang cuaca kat sana Panasss. Mulut ni nak berzikir panas je. 


Dalam mggu lepas ada lah mesej kawan sesame belajar dlu, tahu apa dia tanya? "Mamana Ramdhan enti?" Huwaaaa T_T Rasa nak merembes rembes air mata ni. Takde apa yang dapat aku ceritakan. Tiada yang istimewa kali ni. Malu dengan diri sendiri. Tapi bila sendiri tak malu pulak (SHAME OF ME)


Orang kata "LEAVE RAMADHAN BETTERTHAN THE WAY YOU ENTERED IT"

Nanges lagikk!




Sunday 8 May 2016

Hari hari, HARI IBU


8 Mei 2016, Mafraq Jordan.

Kali ketiga wish ibu dari jauh. Walaupun hari hari tu pun sebenarnya hari ibu,tapi aku rasa hari ni lebih special sebab lebih khusus. 

Aku bahagia kerna aku masih punya ibu.

Aku bangga kerna aku masih boleh ucapkan selamat hari ibu buat ibu.

Tapi aku sedih kerna saat ini aku kejauhan daripada ibu.

Sejujurnya, sejak duduk Jordan ni lah baru reti nak wish hari ibu, baru reti nak luah perasaan dekat ibu. 

Aku bersyukur kerna masih di beri kesempatan tu. 

Ibu selalu cakap, jangan jadi macam ibu.. Belajar lah rajin-rajin, supaya tak kerja macam ibu. Ibu nak anak ibu kerja bagus-bagus. Ibu tak belajar tinggi, tapi ibu selalu pastikan anak nya semua mendapat pendidikan secukupnya. Di ambil nya kelas tambahan, walaupun harga nya beratus ratus. Tapi semangat ibu, takkan aku tinggalkan. Aku sayang ibu. ^^

Dah duduk jauh lah baru reti nak sweet2 kan. (sweet ker?) hehe.

Selamat Hari Ibu, ibu..
Semoga syurga tempatmu..

10.55 pm.
8 Mei 2016.
Sebelah katil. 
Mafraq, Jordan.

Sunday 27 December 2015

Jangan Benarkan Diri mu Sendiri.

Apa yang membawa aku ke mari? Aku pun tidak pasti. Yang aku pasti, aku ingin mencoret sesuatu di blog usang ku.

Hari ni aku tidak ke universiti kerana kelas ku sudah habis minggu lepas dan di universiti aku ada sambutan Maulid Nabi. Aku pun berhuhuhu di kamar. Lagi sikit nak futur, haha. 

Jam 4.30 aku bergerak ke 'Solah Riyadhi' (baca: dewan sukan). Ada latihan bola tampar. Entah apa yang di fikirkan sepanjang aku di dalam tu. Heh. Spoil mood kata orang putih. 

Aku 'flashback' apa yang aku lakukan siang tadi. Hanya di atas katil. Futurkah aku?
Aku sendiri tidak pasti dengan perasaan aku. Kau tidak punya masa untuk futur lahh!
Kata Sheikh semalam, hidup ni seperti graf. Ada turun ada naik. Ada himmah aliyah (baca: semangat tinggi) ada futur. Boleh je nak futur dan berada di graf bawah. Tetapi hanya 10 minit. Semua ikhwah akhwat ter sentap. Err. 10 minit? 

Graf yang di gambarkan oleh Sheikh semalam mengingatkan pula aku tentang turning point.
Dalam usrah atau saat bertemu akhowat, sering di tanya.. 'Apa turning point enti?' Jawapan ku, entah. aku jawab saja apa yang aku terlintas. Malas mahu di tanya lagi. 

Tapi harini aku baru sedar turning point aku adalah ukhuwah dan amal jamaie.
Kenapa?

Sebab aku tidak boleh sendiri.
Tak boleh.

Aku bukan seperti orang lain yang lebih suka hidup sendiri. Mungkin ada je saat aku suka menyendiri tapi saat tu sebenarnya saat kritikal. Yang membuka jalan kepada futur, Yelah, Islam  kan tak boleh naik secara seorangan. Hatta kau bersemangat tinggi pun, still kau perlukan bantuan orang lain. 

"Sesungguh nya Allah mencintai orang orang yang berperang di jalan Nya dalam barisan teratur, mereka seakan akan bangunan yang tersusun kokoh" [Surah Assaff: 4]

Sungguh, ana perlukan enti untuk bersama dalam Jalan ini.