Saturday 29 July 2017

PORT DICKSON

Nice short vacay with my collegues! Ekceli selalu je pergi PD sebab rumah Pakmin dan Maksu aku tinggal kat sana. Tapi kali ni datangas tourist okayy haha. Acah2 je. Selama ni datang semata mata nk g rumah pakcik makcik je. Tak pernah pun explore dekat PD tu ada apa haha :P

Awal nya nak pergi air terjun. Tapi risau pulak kes air kencing tikus. Macam macam zaman sekarang ni. So second plan, kiteorg nak pergi Melaka. Ops! Bukan kiteorang, diorang eehh. Kalau Melaka tu memang plan, taknak ikut pun. Melebihi bajet 2017 tau haha.

So di sebabkan rumah makcik dekat situ, dorang lantik aku sebagai waze untuk sehari (eceh poyos :P) Btw, kiteorang pergi sehari je. Nak puaskan hati masing2 nak bercuti sama2. Lagi2 ni minggu last ain. Dia nk pindah Perak lepasni. Yang ikut semuanya 4 orang termasuk aku..

Kiteorang bajet bawah seratus. Aku bajet RM50 je haha. Nak tahu bajet sebenar? ok jom tengok. Kiteorg bertolak pukul 8.30 pagi. Berhenti dekat RNR Dengkil sebab dorang lapar nak makan breakfast. Aku tak makan. Diet uolls. heheh takde lah. sebab tadi makan sekeping roti sementara tunggu dorang pick up aku.

Ok sampai dalam pukul 10 something. Pergi ke batu 8 iaitu Teluk Kemang. The most attractive spot. Orang memang paling ramai kat sini. Mungkin sebab lebih banyak kedai, aktiviti yang boleh di buat, dan ada khemah & payung untuk di sewa.

so kiteorang pilih untuk main basikal berbumbung 4 wheel. ha nama kau. aku main letak je haha. Gambar macam kat bawah ni

Hehe. Kami empat anak dara yang excited terlebih main benda alah ni. Tapi hmm yang depan je gigih kayuh T_T Kak Jawahir belakang aku tu kaki tak sampai >_< penat woi. Tengahari buta pulak tu.Ni abang yang jaga tu tangkapkan gambar. Btw, topi tu aku beli RM10 dekat gerai2 yang jual2 dekat situ. Bersepah okeyy.

Lepas puas kayuh (Hilang 5 kilo berat aku haha tipu je) kiteorang pun makan2 kejap. Aku dengan Mahirah je makan. Mahirah makan pisang cheese chocolate RM4. Aku pilih cendol biasa(rm3.50) dengan makanan bergoreng fishball & hotdog cheese (rm5) mahal nya T_T tapi kenyang jer.

then kiteorang pergi Muzium 3D art, Lukut. Dekat je. Dalam 15-20 min dari teluk kemang tu. Entrance fee
Adult: RM20 (My Card)
           RM25 (Tourist)
Ni je yang aku ingat haha. Kalau search dekat google, dia tulis RM15 (dia tak hapdet kerr) HMMMMMMMM. sedih tau. Keluarkan lagi rm5 tambah. Lokasi dia dekat je dengan GIANT Lukut. tekan saya?











Ni antara gambar2 kiteorang dekat Muzium ni..Semua ada 3 Tingkat. Ok la. Berbaloi la jugak. Sooooooooooooo next, perut masing masing dah berkeroncong nyanyi lagu Despacito (eh haram lah)

CARI MAKAN TENGAHARI!
Kiteorng makan nasi campur. Aku pilih nasi putih, lauk sambal paru & rebung masak lemak cili api. Dalam RM4.50. Okay la. Air kelapa RM2. Kiteorang pilih port dekat Batu 4. Kat situ tenang sikit dan ramai orang picnic situ. Dah makan, relax2 kejap then balik Shah Alam. haa lupa tadi kiteorang solat Zuhur dekat Masjid Bagan Pinang Batu 4 jugak. Masjid situ tiptop. Bersih, kemudahan lengkap, selipar cukup. hehe.

Balik aku takleh tidur walaupun penaaaat sangaat. Sebab ain x tahu jalan. Haha. Kak Ja & Mahirah sodap yooo tido kek belakang.

TOTAL BELANJA.
TOPI: RM1O
BREAKFAST: RM8.50
BASIKAL: RM7.50 seorang. (total:rm30)
TOL& MINYAK: Ain belanja hehe tp kalau curious nak tahu, tol: rm7 something. minyak: rm40.
MUZIUM FEE: RM20
LUNCH: RM6.50
Aku topup la jugak minyak nak balik tu, ain bagi kiteorg bayar RM5 jerr, so bagi je lah.

TOTAL: RM57.50.

Tamat? Tamat. haha. See youuu when I see you~

No comments:

Post a Comment