Sunday 27 December 2015

Jangan Benarkan Diri mu Sendiri.

Apa yang membawa aku ke mari? Aku pun tidak pasti. Yang aku pasti, aku ingin mencoret sesuatu di blog usang ku.

Hari ni aku tidak ke universiti kerana kelas ku sudah habis minggu lepas dan di universiti aku ada sambutan Maulid Nabi. Aku pun berhuhuhu di kamar. Lagi sikit nak futur, haha. 

Jam 4.30 aku bergerak ke 'Solah Riyadhi' (baca: dewan sukan). Ada latihan bola tampar. Entah apa yang di fikirkan sepanjang aku di dalam tu. Heh. Spoil mood kata orang putih. 

Aku 'flashback' apa yang aku lakukan siang tadi. Hanya di atas katil. Futurkah aku?
Aku sendiri tidak pasti dengan perasaan aku. Kau tidak punya masa untuk futur lahh!
Kata Sheikh semalam, hidup ni seperti graf. Ada turun ada naik. Ada himmah aliyah (baca: semangat tinggi) ada futur. Boleh je nak futur dan berada di graf bawah. Tetapi hanya 10 minit. Semua ikhwah akhwat ter sentap. Err. 10 minit? 

Graf yang di gambarkan oleh Sheikh semalam mengingatkan pula aku tentang turning point.
Dalam usrah atau saat bertemu akhowat, sering di tanya.. 'Apa turning point enti?' Jawapan ku, entah. aku jawab saja apa yang aku terlintas. Malas mahu di tanya lagi. 

Tapi harini aku baru sedar turning point aku adalah ukhuwah dan amal jamaie.
Kenapa?

Sebab aku tidak boleh sendiri.
Tak boleh.

Aku bukan seperti orang lain yang lebih suka hidup sendiri. Mungkin ada je saat aku suka menyendiri tapi saat tu sebenarnya saat kritikal. Yang membuka jalan kepada futur, Yelah, Islam  kan tak boleh naik secara seorangan. Hatta kau bersemangat tinggi pun, still kau perlukan bantuan orang lain. 

"Sesungguh nya Allah mencintai orang orang yang berperang di jalan Nya dalam barisan teratur, mereka seakan akan bangunan yang tersusun kokoh" [Surah Assaff: 4]

Sungguh, ana perlukan enti untuk bersama dalam Jalan ini.