Saturday 1 November 2014

Pemuda Syahadah

بسم الله الرحمن الرحيم

Bilal!!
Alangkah bertuahnya berada di tempatmu.'bisik hati'


kenapa Rasulullah pilih Bilal untuk menjadi orang yang pertama melaungkan azan?
suaranya biasa-biasa sahaja,tanya ukhtifisabilillah.

puas kepala memikirkan jawapannya,
namun buntu.
angin pun boleh tahan sejuknya pada malam itu,bulan malam itu cantik walau bukan pada purnama.SubhanAllah!


ukhtifisabilillah tersenyum sambil mengungkap lembut,
kerana Rasulullah tahu betapa Bilal mahu melaungkan syahadahnya kepada seluruh tanah mekah,kepada seluruh isi alam!
 
tersentak.

Beliau merupakan sahabat yang disiksa dengan siksaan keras sewaktu fasa permulaan dakwah di kota Mekah.

Dijemur dibawah terik mentari,
dihempap dadanya dengan batu besar,

namun lafaz 'Ahadun Ahad'
tidak pernah terputus daripada lidahnya

Mata berair,kolam mata tidak mampu menampung sebak dan hiba.

Muhasabah;
lalu bagaimana syahadah aku saban hari?

Apakah benar-benar aku memaknai tuntutan syahadah ini?




baru diuji dengan pandangan manusia sahaja,aku tertunduk lesu.
baru diuji dengan amal yang tidak seberapa aku mengeluh banyak :'(


sungguh pemahaman syahadah kita berbeza sekali.

Doaku.



Moga sahaja aku diberikan peluang
melaksanakan tuntuan syahadah seperti Bilal,

Wahai Pemuda Syahadah,
Betapa aku cemburu!


Tuesday 14 October 2014

SOLAT MALAM YANG IKHLAS?

Pada suatu ketika Imam Hasan Al-Banna telah menghadiri muktamar di Manzilah Daqliyah.

Setelah muktamar itu selesai dan waktu tidur telah tiba, beliau yang ditemani oleh Umar At Tilmisani menuju tempat tidur yang memiliki dua buah bilik tidur.

Kedua-duanya pun merebahkan diri di tempat tidur masing-masing.

Setelah beberapa ketika, Imam Hasan Al-Banna berkata :

“Apakah engkau tidur, wahai Umar?”
  
Umar Tilmisani menjawab : “Belum.”
  
Beberapa saat kemudian, pertanyaan itu berulang lagi dan jawaban sama pun berulang.

Umar Tilmisani berkata dalam hatinya :

“Apabila beliau bertanya lagi, maka saya tidak akan jawab.”
  
Imam Hasan Al-Banna menyangka Umar telah tidur.

Maka beliaupun keluar dari bilik tidur dengan mengendap-ngendap sambil memegang seliparnya.


Beliau menuju bilik mandi untuk memperbaharui wudhu’nya. 


Selepas itu beliau menuju ke bahagian hujung ruangan 


lalu menghamparkan sejadah 


lalu melaksanakan solat tahajjud.


Ini kisah yang di ceritakan Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin ketiga. Semoga sama-sama kita teladani. Begitu juga seorang ulama' tabiu't tabi'in, Ayyub As Sakhtiani mempunyai cara tersendiri merahsia kan ibadat nya. Beliau akan mengeraskan suara nya ketika bangun dari tidur di waktu pagi seolah-olah beliau baru sahaja terjaga dari kamar nya. 

Mirip kisah Hasan Al Banna, Abdullah bin Mubarak juga pernah ketahuan secara diam-diam solat malam dalam waktu yang sangat lama. Saat itu Muhammad bin Al Wazir menemaninya dalam sebuah safar. Muhammad bin Al Wazir yang berbaring istirahat, mungkin dikira telah tidur. Abdullah bin Mubarak pun kemudian mengambil wudhu dan melakukan shalat malam hingga fajar tiba.


Mengapa figur hebat ini merahsiakan solat malam nya? Seakan2 tidak mahu orang lain mengetahui nya.

Jika kita melihat ayat-ayat Al Qur'an dan hadits, tahulah kita bahwa setidaknya mereka memiliki tiga alasan:
Pertama, menjaga keikhlasan. Meskipun tingkatan mereka adalah ulama, mereka menyadari bahwa ketika orang lain melihat ibadah mereka, hal itu bisa menjadi buah bibir yang kadang menjadi godaan untuk tercampuri ujub, riya' dan sum'ah.
Kedua, dengan merahasiakan solat malamnya, para ulama dapat berdzikir dan bermunajat kepada Allah lalu berlinanglah air matanya. Kebiasaan ini akan menempatkan mereka pada golongan orang yang mendapat naungan Allah.
وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ
"Dan (orang ketujuh yang mendapat naungan Allah ialah) orang yang berdzikir kepada Allah di waktu sunyi, lalu berlinanglah air matanya" (HR. Bukhari dan Muslim)
Ketiga, keutamaan solat sunat yang dirahasiakan, setara dengan 25 solat sunnah yang dilihat orang lain.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
صَلَاةُ الرَّجُلِ تَطَوُّعًا حَيْثُ لَا يَرَاهُ النَّاسُ تَعْدِلُ صَلَاتَهُ عَلَى أَعْيُنِ النَّاسِ خَمْسًا وَ عِشْرِيْنَ
"Shalat sunnah seseorang yang tidak dilihat orang lain, setara dengan 25 ganjaran (shalat sunnah) yang dilihat orang lain." (HR. Abu Ya'la, shahih menurut Al Albani)

TUJUAN saya menceritakan kisah ini bukan lah untuk menggalakkan semua ikhwah akhowat mendirikan solat malam tanpa mengejutkan orang lain. Bukan ye. Jika kita lihat kisah Hassan Al Banna di atas, beliau baru sahaja pulang dari muktamar bersama Umar. Beliau memikirkan keadaan Umar Tilmisani ketika itu sedang kepenatan. Maka nya, itu lah masa sesuai untuk beliau beribadah. Karena bagi saya juga, beribadah seorang diri lebih ikhlas dan khusyuk. Tetapi jika kita bersama sahabat yang tiada keuzuran, ayuh lah ajak bersama berchenta dengan Tuhan. ye tak?
wallahu a'lam.

Mursyidul Am Ikhwan Muslimin yang ketiga :)

Tuesday 10 June 2014

AHLI IBADAT YANG BERMAIN MAIN?

Wahai ‘abid Al-Haramain,seandainya engkau memperhatikan kami, engkau pasti tahu bahwa selama iniengkau hanya main-main dalam beribadah. Kalau pipi-pipi kalian basah dengan air matamaka leher-leher kami basah bersimbah darah. Kalau kuda-kuda kalian letih dalam hal yang sia-sia,maka kuda-kuda kami letih di medan laga. Semerbak wanginya parfum, itu untuk kalian,sedangkan wewangian kami pasir dan debu-debu. Telah datang Al-Quran kepada kita menjelaskan,para syuhada tidak akan pernah mati, dan itu pasti.


Ungkapan Abdullah bin al-Mubarak ini ditujukan kepada seseorang yang berada di tanah haram Makah al-Mukarramah untuk beribadah. Al-Fudhail digelar ”abid dua tanah haram” (Mekah dan Madinah). Beliau terkenal dengan banyak menangis. Kerana itulah Abdullah bin al-Mubarak menyindirnya dengan menyebut air mata. Seperti kebanyakan orang yang bersolat, al-Fudhail memakai haruman mawar dan lain-lain wangian sebagai mengikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Oleh itu, Abdullah bin Al-Mubarak menyindirnya dengan mengatakan ianya hanya satu haruman sahaja dan terlalu mudah, padahal Rasulullah S.A.W. dan pewaris baginda dari kalangan ulama’ mujahidin berlumuran dengan bauan debu di medan di samping haruman mawar dan kasturi.






Untaian kata ini merupakan puisi buat sahabat baik beliau seperti yang di sebut di atas. Membuatkan aku kagum akan diri nya kerana mampu untuk menegur sahabat nya sendiri. Walhal sahabat nya juga merupakan ahli hadis yang tsiqoh.

Kita tidak mahu sama sekali mendukung kekafiran(jahiliyyah) tetapi juga berdiam diri untuk menegakkan kebenaran? Yang mana satu kah kita semua, wahai ahli ibadat?

Jika kita merasakan kita sudah berpenat lelah di jalan ini,
Mereka sudah syahid di jalan ini.

Jika kita merasakan kita mengorbankan duit belanja kita untuk bersedekah,
Mereka membelanjakan lebih separuh daripada harta mereka tanpa dipinta.

Jika kita terpaksa meninggalkan isteri/suami untuk berdakwah,
Mereka mengorbankan isteri mereka buat mereka yang memerlukan.

Yang mana satu kita lalui? Ada?

Ahli ibadat seperti apakah kita..

Yang mahu berdiam mengasingkan diri kerana merasakan sudah cukup baik.. Ingin beribadat sendiri kerana takut di sindir..

''WAHAI AHLI IBADAT, JIKA KAMU MELIHAT BAGAIMANA DAIE ISLAM BERTARUNG DENGAN PENDUKUNG KEKAFIRAN(JAHILIYYAH) DAN PUAK-PUAK SESAT DI ZAMAN MODEN INI, BARU LAH KAMU PERASAN BAHAWA KAMU HANYALAH BERMAIN MAIN DALAM IBADAT MU''



Tuesday 18 March 2014

Kesal.Sedih. Malu.







Yeay. Video mat luthfi dah pun keluar. *Abaikan,



IF WE CAN'T HELP, LET'S NOT MAKE IT WORSE.


Setuju dengan quote ni. Diam tak semesti nya kita tak concern. Kan? Dalam hadis 40 Imam Nawawi ada jugak meceritakan tentang 'diam' ni.



Sekadar gambar hiasan.
Sumber: http://www.1aqidah.net/v2/gambar-hadis-berkatalah-yang-baik-atau-diam/


 Harini dah masuk minggu kedua pesawat itu ghaib dari langit. Isu pun makin kabur dari pandangan mata. Sebelum ni, ketika isu masih hangat di atas dapur gas.. setiap orang ingin melontarkan pendapat masing masing. Memberi 'rasa' masing masing, siap menambah perisa oren campur strawberry lagi. Tak salah cakna, tapi biar berpada. K guys. Ingat tu. Orang mudah bosan, satu benda dah.. Sohih atau tidak tu pun satu hal lagi.



Yang penting, berbalik lah pada DIA yang menciptakan kita.



Dan jangan tertumpu pada satu isu sahaja. Bagaimana dengan isu di Malaysia? Di Syria? Di Palestin?

Sudah lupa ke?



Jom sama sama doakan ^^



Mujahadah minggu ni: Update isu semasa dengan lebih kerap :)








Monday 17 March 2014

Pray for MH370

Di awan kah dia?

Di daratan kah dia?

Di lautan kah dia?

Ya Allah kau lindungi lah saudara se iman kami.

Friday 14 March 2014

Cakna ummah

[ISU SEMASA] Konflik di Central African Republic. Penduduk yang beragama islam di Republik Afrika Tengah kini diserang setelah pasukan pemberontak seleka yang umumnya muslim merebut kekuasaan tahun lalu iaitu pada Mac 2013. Ketika itu, kumpulan seleka diketuai Michel Djotodia telah melakukan kudeta terhadap kerajaan Bozize ketika proses rundingan dilakukan. Antara motifnya ialah kerana rasa tidak puas hati dengan kerajaan Bozize yang mengabaikan komuniti Muslim di utara CAR. Dengan itu, Michel Djotodia mengangkat sumpah menjadi Presiden Muslim pertama di negara itu. Tetapi selama kumpulan ini berkuasa, pelbagai jenayah kemanusiaan yang dilakukan mereka terhadap komuniti Kristian terutamanya di bandar Bangui. Mereka dituduh membunuh serta memperkosa warga kristian dan menghancurkan desa-desa kristian ketika itu. Pemimpin seleka mengundurkan diri Januari baru-baru inI, tetapi langkah tersebut tidak mampu membendung kekerasan.Tentera-tentera kristian yang menyebut diri sebagai pasukan pembela diri atau anti-balaka melakukan aksi balas dendam sehingga memaksa penduduk Muslim melarikan diri dari Bangui dan kota-kota lain. Pergelutan antara dua kumpulan,seleka dan anti-balaka ini menyebabkan lebih 650000 penduduk menjadi pelarian. Setakat ini lebih 300000 Muslim melarikan diri daripada CAR. ‪#‎Memetik‬ kata-kata Ketua Perlindungan Warga Awam UNHCR, PBB, Philippe Lecrec menyebut, Jumat (28/2) pembunuhan di CAR merupakan ulangan tragedi kemanusiaan di Sebrenica, Yugoslavia, tahun 1995. Di mana pembantaian tahun 1995 terhadap 8000 pemuda muslim dan anak-anak lelaki di Sebrenica oleh pasukan Serbia Bosnia di depan mata pasukan perdamaian PBB dari Belanda dianggap sebagai kekejaman terburuk di tanah Eropa sejak Perang Dunia II. Gambar : 1-Sekitar 100,000 pelarian tinggal di antara pesawat - pesawat yang didaratkan. 2-Pemimpin seleka,micheal djotodia. 3-Seorang anggota milisi Kristen memotong tubuh warga Muslim yang telah dibunuhnya. 4-Kelompok organisasi rakyat adi Republik Afrika Tengah tunjuk perasaan di Bangui
cp from i-THAQAFAH