Saturday 1 November 2014

Pemuda Syahadah

بسم الله الرحمن الرحيم

Bilal!!
Alangkah bertuahnya berada di tempatmu.'bisik hati'


kenapa Rasulullah pilih Bilal untuk menjadi orang yang pertama melaungkan azan?
suaranya biasa-biasa sahaja,tanya ukhtifisabilillah.

puas kepala memikirkan jawapannya,
namun buntu.
angin pun boleh tahan sejuknya pada malam itu,bulan malam itu cantik walau bukan pada purnama.SubhanAllah!


ukhtifisabilillah tersenyum sambil mengungkap lembut,
kerana Rasulullah tahu betapa Bilal mahu melaungkan syahadahnya kepada seluruh tanah mekah,kepada seluruh isi alam!
 
tersentak.

Beliau merupakan sahabat yang disiksa dengan siksaan keras sewaktu fasa permulaan dakwah di kota Mekah.

Dijemur dibawah terik mentari,
dihempap dadanya dengan batu besar,

namun lafaz 'Ahadun Ahad'
tidak pernah terputus daripada lidahnya

Mata berair,kolam mata tidak mampu menampung sebak dan hiba.

Muhasabah;
lalu bagaimana syahadah aku saban hari?

Apakah benar-benar aku memaknai tuntutan syahadah ini?




baru diuji dengan pandangan manusia sahaja,aku tertunduk lesu.
baru diuji dengan amal yang tidak seberapa aku mengeluh banyak :'(


sungguh pemahaman syahadah kita berbeza sekali.

Doaku.



Moga sahaja aku diberikan peluang
melaksanakan tuntuan syahadah seperti Bilal,

Wahai Pemuda Syahadah,
Betapa aku cemburu!