Sunday 1 December 2013

K.H RAHMAT

Merendahlah, engkau kan seperti bintang-gemintang

Berkilau di pandang orang

Diatas riak air dan sang bintang nun jauh tinggi

Janganlah seperti asap

Yang mengangkat diri tinggi di langit

Padahal dirinya rendah-hina

Saturday 30 November 2013

Langit itu bukan sekadar biru.

Harini aku pandang langit. Tiada apa yang aku rasa [seperti kebiasaan nya]… Cuma... langit itu biru. Dan tinggi sehingga tidak mampu aku mencapainya.

Fuh. Penat melayan karenah 'arab²' yang berbagai keletah.

"Cantik kan langit harini?" Sapa ukhti yang asyik dengan handphone samsung s3 nya menghadap langit.
Hampir setiap kali berjumpa dengan ukhti itu dia akan berbicara tentang langit itu.

Hairan.

"Okay. Memang cantik pun" aku menjawab secara selamba.

"Subhanallah."

Aku terdiam.

            ********

"Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan - (mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?"

"Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu  akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecac itu atan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia)."

[67:3,4]

Di dalam Al-Furqan turut mencerita kan tentang langit itu. Hmm.

Mungkin sekarang aku baru terfikir. Langit itu bukan sekadar biru. Langit itu... sangat indah. Salah satu kekuasaan Allah yang Aziz.

Hari hari aku baca surah AlMulk sebelum ke kamar, tapi kini baru terdetik untuk membaca terjemahan nya.

Sangat indah.

Jendela bertabirkan helaian kain langsir merah jambu ku selak. Aku mendongak ke langit. Langit malam ini terang, indah dan kelihatan bercahaya walaupun tidak kebiruan seperti biasa. Aku tewas. Lalu mengalir kan air mata. Tenang nya melihat ciptaan Allah.

"Allah, ampunkan aku"
         ***********
"Ia menciptakan langit dengan tidak bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya; dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya bumi itu tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Ia biakkan padanya berbagai jenis binatang. Dan Kami menurunkan hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan di bumi berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat."

[Al Luqman:10]

Langit itu bukan sekadar biru.


Thursday 28 November 2013

Ada ke futur untuk daie?

وَلَنْ يُؤَخِّرَ اللَّهُ نَفْسًا إِذَا جَاءَ أَجَلُهَا ۚ وَاللَّهُ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

"Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan."
.

Kematian itu pasti.
Masa nya sahaja belum pasti.

Terngiang ngiang di cuping telinga ni.

"Dah takde masa nak futur futur ni. Nanti tak sempat nak taubat Allah tarik nyawa tu haaa. Nak jawab apa nanti depan Allah sbb apa iman kau yanqus(berkurang)? Sebab si polan ni? Sebab semalam senggugut(baca:emosi tak menentu)"

Aduh. Sentap banget.

Selagi badan di kandung tanah, selagi tu lah tugas kita takkan pernah habis. Iman yazid yanqus tu aadi(biasa). Lebih lebih lagi daie. Sempat lagi nak futur? Iman tu kene haraki(bergerak) Disebab kan diam tu lah iman kita mati.

Takkan nak jadi firaun yang mati di tengah laut tu haa.

Sempat je bertaubat, cuma tak diterima. Bertaubat tika nyawa di tengah kerongkong.

Sedih.

Ada jugak yang telah dimasukkan ke kubur(baca:meninggal dunia) tetapi merayu rayu untuk dikeluarkan kembali.

Lagi sedih.

"Mereka berkata:"Ya tuhan kami, kami telah dikuasai oleh kejahatan. Dan kami adalah orang yang sesat."

"Ya tuhan kami, keluarkan kami daripadanya(kembalikan kami ke dunia). Jika kami masih juga kembali(kepada kekafiran), sesungguhnya kami adalah orang yang zalim"

[al mukminun:106 107]

Nak tahu apa Allah balas?

Nahhhhh. Ambik.

"Tinggallah dengan hina di dalamnya dan jangan lah kamu berbicara dengan aku"

[Almukminun:108]

Paling sedih. Sob sob.

Futur tu macam.. hmmm.. macam.. teruk sangat kan.

Allah ya muqallibal qulub. Tsabbit qulubana ala dinik.

Rasa tak layak nak futur. Daie yang futur? Hmmm. Jangan gelar daie lah kalau asyik futur je.

Memang, manusia ni insan biasa, tak lari dari sedih dan kecewa.

Tapi cuba lah elakkan. Kalau lah kita betul sedar tugas daie di muka bumi ni, sure kita xnak fikir pun kalau kita tengah futur. Kannn?

Jom! Bangkit untuk Islam!

Wednesday 3 July 2013

Daie Gemuk?

‘’Aku memberi bukan lah kerana aku memiliki segalanya, Tetapi kerana aku tidak mempunyai apa-apa’’


T_T

Petikan ni sangat meng 'inspire' kan diri sebenarnya. Dua tahun lepas ketika di scroll nya timeline twitter, ter kenan dengan tweet dari seorang hamba Allah. 



''Dan sesungguh nya jangan lah kamu nyatakan terhadap sesuatu : sesungguh nya aku akan mengerjakan nya pd esok hari'' [18:23]

Aku cuba fikir hari ke sehari apa yang aku buat untuk gerak kan Islam. Hari demi hari. Jam demi jam. Minit demi minit. 


Apa yang kita buat? *pandang langit* *jatuh**bangun balik*



Aku tak mahu jadi Daie yang gemok kerana di suap sahaja. Tidak memberi. 


Tapi macamane?


Yes, Sebab tu terhasil nya blog tak seberapa ni. Aku nak menggemuk kan orang lain pulaa. Tak syokkkk la gemuk sendiri. Ye tak? Hehehehe. 


so, jangan tangguh lagi! Mula sekarang.Jom suap orang lainnnnn~~Hihihi :P












Aku tak ingin menjadi kan nya seperti angan angan kosong. Kata nak rebut kuasa dunia, nak capai USTAZIATUL ALAM di mana Islam menjadi rujukan.

Kalau bukan kita siapa lagi?


Kalau bukan sekarang bila lagi?


Kalau bukan di sini di mana lagi?


*tunduk bawah*

Doakan saya terus istiqomah di jalan ini. Dan berjalan dengan gaya paling ohsem dalam jalan dakwah dan tarbiyah niiiii! Yoshhh!