Tuesday 10 June 2014

AHLI IBADAT YANG BERMAIN MAIN?

Wahai ‘abid Al-Haramain,seandainya engkau memperhatikan kami, engkau pasti tahu bahwa selama iniengkau hanya main-main dalam beribadah. Kalau pipi-pipi kalian basah dengan air matamaka leher-leher kami basah bersimbah darah. Kalau kuda-kuda kalian letih dalam hal yang sia-sia,maka kuda-kuda kami letih di medan laga. Semerbak wanginya parfum, itu untuk kalian,sedangkan wewangian kami pasir dan debu-debu. Telah datang Al-Quran kepada kita menjelaskan,para syuhada tidak akan pernah mati, dan itu pasti.


Ungkapan Abdullah bin al-Mubarak ini ditujukan kepada seseorang yang berada di tanah haram Makah al-Mukarramah untuk beribadah. Al-Fudhail digelar ”abid dua tanah haram” (Mekah dan Madinah). Beliau terkenal dengan banyak menangis. Kerana itulah Abdullah bin al-Mubarak menyindirnya dengan menyebut air mata. Seperti kebanyakan orang yang bersolat, al-Fudhail memakai haruman mawar dan lain-lain wangian sebagai mengikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Oleh itu, Abdullah bin Al-Mubarak menyindirnya dengan mengatakan ianya hanya satu haruman sahaja dan terlalu mudah, padahal Rasulullah S.A.W. dan pewaris baginda dari kalangan ulama’ mujahidin berlumuran dengan bauan debu di medan di samping haruman mawar dan kasturi.






Untaian kata ini merupakan puisi buat sahabat baik beliau seperti yang di sebut di atas. Membuatkan aku kagum akan diri nya kerana mampu untuk menegur sahabat nya sendiri. Walhal sahabat nya juga merupakan ahli hadis yang tsiqoh.

Kita tidak mahu sama sekali mendukung kekafiran(jahiliyyah) tetapi juga berdiam diri untuk menegakkan kebenaran? Yang mana satu kah kita semua, wahai ahli ibadat?

Jika kita merasakan kita sudah berpenat lelah di jalan ini,
Mereka sudah syahid di jalan ini.

Jika kita merasakan kita mengorbankan duit belanja kita untuk bersedekah,
Mereka membelanjakan lebih separuh daripada harta mereka tanpa dipinta.

Jika kita terpaksa meninggalkan isteri/suami untuk berdakwah,
Mereka mengorbankan isteri mereka buat mereka yang memerlukan.

Yang mana satu kita lalui? Ada?

Ahli ibadat seperti apakah kita..

Yang mahu berdiam mengasingkan diri kerana merasakan sudah cukup baik.. Ingin beribadat sendiri kerana takut di sindir..

''WAHAI AHLI IBADAT, JIKA KAMU MELIHAT BAGAIMANA DAIE ISLAM BERTARUNG DENGAN PENDUKUNG KEKAFIRAN(JAHILIYYAH) DAN PUAK-PUAK SESAT DI ZAMAN MODEN INI, BARU LAH KAMU PERASAN BAHAWA KAMU HANYALAH BERMAIN MAIN DALAM IBADAT MU''