Friday, 14 March 2014

Cakna ummah

[ISU SEMASA] Konflik di Central African Republic. Penduduk yang beragama islam di Republik Afrika Tengah kini diserang setelah pasukan pemberontak seleka yang umumnya muslim merebut kekuasaan tahun lalu iaitu pada Mac 2013. Ketika itu, kumpulan seleka diketuai Michel Djotodia telah melakukan kudeta terhadap kerajaan Bozize ketika proses rundingan dilakukan. Antara motifnya ialah kerana rasa tidak puas hati dengan kerajaan Bozize yang mengabaikan komuniti Muslim di utara CAR. Dengan itu, Michel Djotodia mengangkat sumpah menjadi Presiden Muslim pertama di negara itu. Tetapi selama kumpulan ini berkuasa, pelbagai jenayah kemanusiaan yang dilakukan mereka terhadap komuniti Kristian terutamanya di bandar Bangui. Mereka dituduh membunuh serta memperkosa warga kristian dan menghancurkan desa-desa kristian ketika itu. Pemimpin seleka mengundurkan diri Januari baru-baru inI, tetapi langkah tersebut tidak mampu membendung kekerasan.Tentera-tentera kristian yang menyebut diri sebagai pasukan pembela diri atau anti-balaka melakukan aksi balas dendam sehingga memaksa penduduk Muslim melarikan diri dari Bangui dan kota-kota lain. Pergelutan antara dua kumpulan,seleka dan anti-balaka ini menyebabkan lebih 650000 penduduk menjadi pelarian. Setakat ini lebih 300000 Muslim melarikan diri daripada CAR. ‪#‎Memetik‬ kata-kata Ketua Perlindungan Warga Awam UNHCR, PBB, Philippe Lecrec menyebut, Jumat (28/2) pembunuhan di CAR merupakan ulangan tragedi kemanusiaan di Sebrenica, Yugoslavia, tahun 1995. Di mana pembantaian tahun 1995 terhadap 8000 pemuda muslim dan anak-anak lelaki di Sebrenica oleh pasukan Serbia Bosnia di depan mata pasukan perdamaian PBB dari Belanda dianggap sebagai kekejaman terburuk di tanah Eropa sejak Perang Dunia II. Gambar : 1-Sekitar 100,000 pelarian tinggal di antara pesawat - pesawat yang didaratkan. 2-Pemimpin seleka,micheal djotodia. 3-Seorang anggota milisi Kristen memotong tubuh warga Muslim yang telah dibunuhnya. 4-Kelompok organisasi rakyat adi Republik Afrika Tengah tunjuk perasaan di Bangui
cp from i-THAQAFAH

No comments:

Post a Comment