Thursday, 28 November 2013

Ada ke futur untuk daie?

وَلَنْ يُؤَخِّرَ اللَّهُ نَفْسًا إِذَا جَاءَ أَجَلُهَا ۚ وَاللَّهُ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

"Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan."
.

Kematian itu pasti.
Masa nya sahaja belum pasti.

Terngiang ngiang di cuping telinga ni.

"Dah takde masa nak futur futur ni. Nanti tak sempat nak taubat Allah tarik nyawa tu haaa. Nak jawab apa nanti depan Allah sbb apa iman kau yanqus(berkurang)? Sebab si polan ni? Sebab semalam senggugut(baca:emosi tak menentu)"

Aduh. Sentap banget.

Selagi badan di kandung tanah, selagi tu lah tugas kita takkan pernah habis. Iman yazid yanqus tu aadi(biasa). Lebih lebih lagi daie. Sempat lagi nak futur? Iman tu kene haraki(bergerak) Disebab kan diam tu lah iman kita mati.

Takkan nak jadi firaun yang mati di tengah laut tu haa.

Sempat je bertaubat, cuma tak diterima. Bertaubat tika nyawa di tengah kerongkong.

Sedih.

Ada jugak yang telah dimasukkan ke kubur(baca:meninggal dunia) tetapi merayu rayu untuk dikeluarkan kembali.

Lagi sedih.

"Mereka berkata:"Ya tuhan kami, kami telah dikuasai oleh kejahatan. Dan kami adalah orang yang sesat."

"Ya tuhan kami, keluarkan kami daripadanya(kembalikan kami ke dunia). Jika kami masih juga kembali(kepada kekafiran), sesungguhnya kami adalah orang yang zalim"

[al mukminun:106 107]

Nak tahu apa Allah balas?

Nahhhhh. Ambik.

"Tinggallah dengan hina di dalamnya dan jangan lah kamu berbicara dengan aku"

[Almukminun:108]

Paling sedih. Sob sob.

Futur tu macam.. hmmm.. macam.. teruk sangat kan.

Allah ya muqallibal qulub. Tsabbit qulubana ala dinik.

Rasa tak layak nak futur. Daie yang futur? Hmmm. Jangan gelar daie lah kalau asyik futur je.

Memang, manusia ni insan biasa, tak lari dari sedih dan kecewa.

Tapi cuba lah elakkan. Kalau lah kita betul sedar tugas daie di muka bumi ni, sure kita xnak fikir pun kalau kita tengah futur. Kannn?

Jom! Bangkit untuk Islam!

No comments:

Post a Comment